Penulis Topik: PETUA DI DAPUR!  (Dibaca 51882 kali)

yusida

  • Global Moderator
  • Hero Member
  • *****
  • Pos: 1044
    • Lihat Profil
Per:PETUA DI DAPUR!
« Jawab #15 pada: Julai 25, 2013, 12:47:50 am »
AGAR DAGING CEPAT EMPUK
Rebus daging bersama sebatang sudu teh selama 30 minit.  Selepas itu angkat dan masak daging tersebut seperti biasa. Efektif juga untuk melembutkan perut lembu.



MENGHILANGKAN BAU HAMIS
Rebus daging sehingga mendidih dan berbuih. Kemudian tuangkan buih tersebut sedikit demi sedikit menggunakan senduk sehingga habis.

Untuk menghilangkan bau hanyir hati ayam, mula-mula bersihkan dengan tepung gandum dan bilas. Selepas itu gaul pula dengan gula pasir dan perap 10 minit.



MENYEDAPAN DAGING GORENG
Potong daging tebal-tabel sebesar tapak tangan dan perapkan dengan garam serta kunyit.  Kemudian goreng dengan api yang kecil sampai masak.  Selapas masak, barulah daging dipotong kecil-kecil agar ia tidak berminyak dan terasa seperti daging bakar.
« Edit Terakhir: Julai 26, 2013, 03:54:45 pm oleh yusida »

yusida

  • Global Moderator
  • Hero Member
  • *****
  • Pos: 1044
    • Lihat Profil
Per:PETUA DI DAPUR!
« Jawab #16 pada: Julai 26, 2013, 03:56:02 pm »
PENJAGAAN BERAS
Bagi mengelakkan beras daripada dimakan bubuk ataukuktu beras, masukkan beberapa biji bawang putih tanp dikupas kulitnya bersama beras.

Anda juga boleh memasukkan beberapa helai daun limau atau daun nagka ke dalam bekas beras.  Satu lagi petua ialah memasukkan enam tangkai lada kering ke dalamnya.

Jika nasi yang dimasak mentah, letakkan secawan ari sejuk di tengah-tengah asi dan tutup periuk. Masak semula dengan api perlahan sampai wap keluar.

Bau hangit nasi boleh dihilangkan dengan cara meletakkan lada kering di atas periuk yang dimasak.  Periuk nasi juga boleh ditutup dengan daun pisang atau masukkan daun pandan di tengah-tengah nasi yang hangit.


MENYEGARKAN SAYUR
Campur sedikit minyak masak di dalam periuk berisi air rebusan.  Setelah sayuran dicelur, tos airnya agar nampak sentiasa segar dan berkilat.

Sayur yang dimasak lama akan kelihatan lebam dan layu Untuk membuaatkan ia rangup, cuba masukkan sedikit gula ke dalamnya sebelum di angka dari dapur.

Untuk mengekalkan warna hijau sayuran, ambil sesudu serbuk bikarbonat dan masukkan ke dalam air yang sedang mendidih. Kemudian ambil sayuran yang tidak segar tadi dan celup segera.


MEMERAM BUAH-BUAHAN
Untuk memeram buah-buahan agar cepat masak, masukkan ke dalam tempat simpanan beras semalaman.


MENGHILANGKAN HANYIR IKAN KELI/SEMBILANG
Rendam ikan dalam air cucian berasa selama 5 minit.  Kemudian siang dan cuci dengan air biasa.  Selepas itu tumbuh seinci kunyit hidup dan lumurkan pada ikan sembilang. Perap selama 10 minit sebelum dibersihkan.

yusida

  • Global Moderator
  • Hero Member
  • *****
  • Pos: 1044
    • Lihat Profil
Per:PETUA DI DAPUR!
« Jawab #17 pada: Ogos 21, 2013, 08:38:08 am »
PANDAN TIKUS LEMBUTKAN DAGING
Bagi mendapatkan daging yang empuk, rebus akar dan daun pandan tikus bersama daging.  Biarkan seketika. Toskan daging dan dimasak mengikut resipi anda.


CARA MUDAH BERSIHKAN PERALATAN
Ketika menghasilkan kek berkrim, lazimnya peralatan sukar dibersihkan walaupun telah menggunakan sabun pencuci.  Oleh itu, anda hanya perllu menyiramkan air panas terlebih dahulu pada peralatan.  Setelah itu, bersihkan dengan air dan sabun. Ianya lebih mudah dicuci.


PETUA BERSIHKAN KERANG
Kerang sukar dibersihkan kerana berpasir.  Bagaimanapun ada petua untuk membersihkannya.  Ambil beberapa batang serai lalu ditumbuk tetapi jangan sehingga hancur.  Rendam dengan air sama cukup dengan kerang.  Gaul dengan tangan.  Biarkan selama 10 minit dan tos.  Anda akan dapati kulit kerang akan lebih bersih.


ELAK AYAM MELEKAT KETIKA DIGORENG
Jika menggoreng ayam, pasti akan melekat dikuali.  Letakkan daun pisang di dalam kuali menggoreng.  Hasilnnya ayam akan mudah diangkat dan tidak hancur.


Sumber: mingguan wanita

yusida

  • Global Moderator
  • Hero Member
  • *****
  • Pos: 1044
    • Lihat Profil
Per:PETUA DI DAPUR!
« Jawab #18 pada: Oktober 15, 2014, 08:21:39 am »

Bawang goreng rangup

Kupas bawang merah dan bawang putih, cuci bersih lalu tos.  Mayang sehingga nipis.  Taburkan tepung gandum dan gaul sekata.  Panaskan minyak dan goring hingga bawang bertukar warna perang keemasan.  Angkat dan letakkan di atas tisu dapur.  Setelah sejuk, simpan bawang goring dalam bekas yagn kedap udara.

 

Petua bersihkan ikan patin

Bersihkan ikan patin, potong ikut saiz yang diingini.  Bagi menghilangkan hanyir dan lendir ikan patin, lumurkannya dengan tepung gandum.  Lagi elok menggunakan air asam jawa atau aam limau. Boleh juga rendam ikan patin dengan cuka kukrma sekitar lima minit sebelum di tos.  Jangan memasak ikan patin terlalu lama kerana isi ikan lembut.


Cara dapatkan santan pekat

Petua mendapatkan santan pekat adalah dengan memerah kelapa dengan tangan.  Campurkan kelapa dengan sedikit air kemudian ramas beberapa kali.  Perahan pertama menghasilkan santan pekat.  Perahan berikut adalah untuk mendapatkan santan cair dengan menambah ari beberapa kali.

 

Santan tahan lebih lama

Jika mahukan santan tahan lebih lama, cuba petua ini.  Masukkan santan di dalam bekas bertutup bersama sedikit garam. Tutup bekas tersebut dan masukkan dalam petu sejuk beku.  InsyaAllah santan akan tahan lama.



Kerisik wangi, berminyak

Goreng kelapa parut tanpa minyak sehingga berwarna perang.  Sentiasa kacau agar tidak hangus.  Ketika masih panas, tumbuk atau kisar kering kelapa sehingga keluar minyak.

 

Tip mengukus

Apabila mengukus kuih, biarkan air yang mencukup meggelegak sebelum memasukkan kuih.  Bagi kuih seperti kuih talam, penutup kukus perlu dibuka dua tiga kali dan lap bahagian dalam supaya air tidak menitik.  Boleh juga gunakan kain muslin atau tuala untuk menutup pengukus.  Pastikan kain berada antara Loyang dengan menutup pengukus.

 
« Edit Terakhir: Oktober 15, 2014, 08:23:27 am oleh yusida »