Penulis Topik: Cara Untuk Kurus Tanpa Ubat-Ubatan  (Dibaca 2740 kali)

hafizah

  • Tetamu
Cara Untuk Kurus Tanpa Ubat-Ubatan
« pada: Mei 25, 2011, 02:51:09 pm »

Untuk Kurus Tanpa Ubat-Ubatan

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil,tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah.
Bila anda tidak tahan berlapar, padakebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian,mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat ! menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9, Biar makan kerap dengan kuantivi yang qedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti {ang banyak.

30. Jika anda terasa ingin makan snek atcu makanan ringan, berusnah gigi"anda atau kunyahlah gulc- gula eetah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau bmleh, usch ada di dalam peti ais anda.

12. Apabi! la makan di restoran atau gerai , pgsanlah cir limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktw itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempah
Sesetgngah rempah seperti cilk, biji sawi, didapati boleh me! mbakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan renghadaman, ia juga meningkatkan pembakcran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacalg Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.
17. Skmpan Satu Diari
Skmpan satu diari makanan boleh bgrpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat cavatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau pgrbaiki tabiat pemakanan"anda kerada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlaj membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat. bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan bepat badan dalam jangka mcsa panjang apabila mereka menukcr motif mereka daripada untuk kwrus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara oemasak raling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan"adalah merebus memanggang atau mengukus, Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian bapu nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, halya sayuran yang boleh anda ambin. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan disembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi pelualg makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan ckan mem`antu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Sgtiap 25 langkah anda berjalan sctu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalaj tabiat berbelanja dan memasak.>br />Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut . gerakal punggung yang ringan tetapi laoa akan lebih efektif. Lctihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang muda! h untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan
Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkanberat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, ! air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin! , cuba petua berikut :
Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat.
Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit

Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis! yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

topic Untuk Kurus Tanpa Ubat-Ubatan01
topic Untuk Kurus Tanpa Ubat-Ubatan02
topic Untuk Kurus Tanpa Ubat-Ubatan03
topic Untuk Kurus Tanpa Ubat-Ubatan04
topic Untuk Kurus Tanpa Ubat-Ubatan05
topic Untuk Kurus Tanpa Ubat-Ubatan06


yusida

  • Global Moderator
  • Hero Member
  • *****
  • Pos: 1041
    • Lihat Profil
Per:Cara Untuk Kurus Tanpa Ubat-Ubatan
« Jawab #1 pada: November 15, 2011, 08:40:18 am »
PETUA MENCANTIKKAN PERUT

Penampilan seseorang wanita akan kelihatan menawan jika mempunyai perut yang kempis. Perut yang kempis akan menampakkan susuk badan yang cantik serta mudah untuk mengayakan pelbagai fesyen. Terdapat beberapa petua yang boleh dicuba bagi wanita yang mengalami masalah perut buncit dan kulit perut berkedut selepas melahirkan anak.

Mengempiskan Perut

■Elakkan minum air semasa makan makanan berat seperti nasi, mee dan lain-lain. Sebaiknya minum air paling kurang 30 minit selepas habis makan.
■Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
■Bancuh sedikit asam jawa dengan segelas air panas dan garam. Kemudian embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.
■Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.


Kebanyakkan wanita mengalami masalah perut buncit selepas melahirkan anak. Terdapat beberapa cara untuk menangani masalah ini:

■Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.Kemudian sapukan ramuan ini pada perut dan diikat dengan bengkung. Lakukan setiap hari semasa dalam pantang sehingga menampakkan perubahan.

Masalah Kulit Perut Berkedut – Campurkan 1 sudu kecil jus limau nipis, 1 sudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul sehingga sebati dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa 2 minggu.

Kapten Ahli

  • Newbie
  • *
  • Pos: 1
    • Lihat Profil
Per:Cara Untuk Kurus Tanpa Ubat-Ubatan
« Jawab #2 pada: Mac 22, 2018, 11:55:40 pm »
6 Tips Cara Untuk Kurus


1) Jom lompat taliSkipping membantu anda mencapai berat badan ideal, meningkatkan kekuatan dan stamina, serta memperkuatkan tulang agar terhindar dari osteoporosis.
[/size]Skipping selama sejam, anda dapat membakar sebanyak 440-590 kalori pada mereka yang beratnya 77 kg.
[/size]
[/size]2) [/size]Rahsia pokok lidah buaya
Ambik sedikit daun lidah buaya, masukkan dalam sebuah periuk dan tambahkan dengan air asam jawa. Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga ia menjadi pekat. Kemudian tutup api dan biarkan ia sehingga suam sedikit. Setelah ia suam, ambil bahan tersebut dan lumurkan pada perut. Ia boleh bantu kempiskan perut.[/font]
[/size]
[/size]3) [/size]Teknik lunges[/font][/b]
[/size][/color]Kebanyakan wanita memang malas bersenam. Tetapi hakikatnya, ‘lunges’ adalah salah satu jenis senaman yang paling mudah dan terbukti berkesan membakar lemak dan kecilkan perut, punggung, dan peha. Caranya, berdiri tegak, kemudian, langkah sebelah kaki anda kedepan, rendahkan badan anda sehingga kaki hadapan bertukar menjadi 90 darjah. Manakala sebelah lagi kaki direndahkan sehingga lutut mencecah lantai. Tahan beberapa saat kemudian berdiri tegak semula. Ulang langkah ini sekerap mungkin. Ia boleh bantu anda bentuk tubuh badan yang kurus. [/color] [/font]
[/size]
[/size]4) [/color][/size]Senaman aerobik[/font][/b]
[/size][/color]Lakukan senaman aerobik sekurang-kurangkan 2 kali seminggu[/color][/font]
[/size][/color]Aerobik adalah salah satu cara senaman yang saya suka. Selain dapat membakar lemak berlebihan dalam badan, aerobik juga memberikan rasa riang ria dan rasa fun sangat.[/color][/font]
[/size][/color]45-60 minit aerobik non-stop memberikan kesan terhadap kardio badan kita. Lencunlah satu badan dengan peluh sekiranya kita ikut step aerobik dengan betul.[/color][/font][/size][/color]Peluh lencun satu badan itu yang kita inginkan, menyingkiran toksin dalam badan melalui medium peluh[/color][/font]
[/size][/color]5) [/font][/color][/font][/color][/size]Kasut tumit tinggi[/font][/b]
[/size][/color]Kalau sebelum ini anda memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan paha.[/color][/font]
[/size][/color]Walau bagaimanapun, anda haruslah beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati kerana kajian mendapati anda tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi dua inci.[/color][/font]
[/size][/color]
[/size][/color]6) [/color][/color]Khasiat telur[/color][/font]
[/size][/color]Telur mengandungi 77 kalori, 6 gram protein dan 5 gram lemak-sihat. Yup, telur memang tinggi dengan kolesterol (212mg). Tapi tak bermakna tinggi kolesterol dalam diet menyebabkan tinggi kolesterol dalam darah.[/color][/font]
[/size][/color] [/color][/font]
[/size][/color]High Density Lipoprotein (HDL) atau kebiasaannya dipanggil kolesterol “baik”, akan meningkat apabila anda mengambil telur dalam diet anda. Individu yang mempunyai HDL yang tinggi kurang risiko untuk mengidap sakit jantung, kanser dan pelbagai lagi masalah kesihatan. Bersarapan dengan telur akan membuatkan anda terasa lebih kenyang kerana telur tinggi dengan kandungan protein. Kajian ke atas 30 wanita yang mempunyai masalah berat badan mendapati mereka akan rasa lebih kenyang dengan memakan telur sepanjang 36 jam kemudian dan akan makan kurang kalori. Jadi, anda boleh makan 3 biji telur sehari (terutama waktu sarapan) kerana anda akan lebih kenyang sepanjang hari tersebut.[/color][/font]
[/size][/color]
[/size][/color]Semoga tips diatas bermanfaat. Jika anda mencari cara untuk kurus yang lebih mudah, boleh singgah di laman web kami disini.[/color][/font]