Pos jawapan

Catatan: pos ini tidak akan dipaparkan sampai ia diluluskan oleh moderator.

Nama:
Email:
Subjek:
Ikon mesej:

Pengesahan:
warna pokok ialah?:

jalan pintas: tekan alt+s untuk mengirim/pos atau alt+p untuk semak


Ringkasan Topik

Dipos oleh: yusida
« pada: Jun 10, 2014, 08:20:50 am »



BANGUN DENGAN SENYUMAN




Tugas seorang ibu bermula sejak awal pagi. Membuat sarapan, kejutkan dan siapkan si kecil untuk dihantar ke pusat jagaan harian atau ke tadika menjadi rutin utama. Tidak termasuk tugas dipejabat yang sedia menanti. Ibu-ibu perlu menghadapinya dengan tenang agar tidak tertekan agar dapat bangun dengan senyuman manis di bibir.

Bagaimanakah hendak memulakan hari dengan ceria walaupun pelbagai tugas dan tanggung-jawab menanti anda?


1. Tidur awal setiap malam.
Pastikan anda mendapat tidur yang cukup sekurang-kurangnya lapan jam di waktu malam. Ia penting untuk permulaan hari anda yang baik. Jika anda jenis yang susah tidur, tenangkan diri dengan minuman kegemaran anda yang panas dengan bacaan ringan yang menenangkan.


2. Pastikan anak-anak mendapat tidur yang baik.
Jika mereka mendapat rehat yang mencukupi pada waktu malam, anda tidak perlu menghabiskan 15 minit begitu sahaja untuk mengejutkan dan menarik mereka dari katil untuk bangun setiap pagi.


3. Membuat persediaan awal untuk anda sendiri.
Letakkan barang-barang penting seperti beg, kunci kereta dan telefon bimbit pada satu tempat. Jadi anda tak perlu kelam-kabut mencari pada keesokannya. Jangan lupa untuk sediakan baju kerja anda dan juga suami.


4. Persediaan awal untuk anak-anak.
Susun beg sekolah anak anda. Beri wang saku anak anda, menandatangani laporan ujian mereka dan pastikan kerja sekolah mereka telah siap dan diletakkan di dalam beg sekolah.  Setelah semuanya dalam beg, letakkan disebelah pintu untuk memudahkan anda juga anak-anak supaya tiada yang tertinggal atau terlupa.


5. Jadikan rutin harian
Jadikan ia rutin yang sama setiap hari supaya anak-anak anda dapat ikut dan tau apa yang perlu dilakukan setelah bangun tidur tanpa disuruh.  Kerja anda setiap pagi tentu lebih terurus.


6. Jimatkan masa anda dengan bersolek ditempat kerja
Bawa bekas yang kecil atau tinggalkan sahaja alat-alat solekan anda di pejabat, pasti lebih mudah dan anda juga tampil cantik di tempat kerja.


7. Dapatkan bantuan daripada setiap ahli keluarga anda
Galakkan anak-anak yang sudah besar membantu anda kemaskan meja setelah sarapan atau bawa pinggan masing-masing terus ke dapur dan basuh.  Bukan sahaja dapat mendisiplinkan mereka, malah dapat mengajar mereka erti tanggung-jawab.


sumber : pama