Perlihatkan Pos

Bahagian ini mengizinkan anda untuk melihat semua pos yang dibuat oleh ahli ini. Perhatikan bahawa anda hanya boleh melihat pos yang dibuat dalam ruang di mana anda memiliki akses padanya.


Topik - yusida

Laman: [1] 2 3 ... 34
1
Isu Terkini Bandar Tasik Puteri / Mesyuarat agung ke 16 PIBG SKBTP 13/1/2018
« pada: Januari 13, 2018, 12:43:04 am »
Assalam, sekiranya terlepas notis, jgn lupa mesyuarat agung PIBG ke 16 pd hari sabtu, 13 Jan 18 bermula pd jam 8:30 pg di Dewan Gemilang.

2
Isu Terkini Bandar Tasik Puteri / Hari kanak-kanak BTP 17/10/2017
« pada: Oktober 14, 2017, 08:31:28 am »
👶👶👶👶👶👶👶👶👶
*HARI KANAK-KANAK BTP*

Sempena Karnival KAMI Geng Masjid BTP 2017, pada 14 Oktober 2017 bersamaan Hari Sabtu bermula jam 9.30 pagi adalah *HARI KANAK-KANAK BTP* yang mana akan ada *BANYAK* acara dan aktiviti untuk mereka seperti :-

📌 *MEWARNA*
📌 *PERSEMBAHAN AMAL ISLAMI & ALAM RIA c KECIL*
📌 *SANTAI INDOOR GAMES spt Sahiba, Dart dll*
📌 *Superheroes "Awang Khenit"*

*Setiap pengunjung berusia 10 tahun ke bawah akan mendapat 1 belon KKGM BTP '17*


*#kitakangengmasjid*

3
Islamiat / Aman palestin
« pada: September 10, 2017, 07:09:46 am »
AMAN PALESTIN BERHAD:

*Sekiranya rakyat Syria mati kerana tidak dapat bantuan makanan atau perubatan masih boleh diterima tetapi sekiranya mereka mati dalam kesejukan memang tidak boleh diterima, teramat sedih dan berdosa kita membiarkan saudara-saudara kita mati kesejukan*😭😭😭😭😭😭😭😭😭
-Dr.Zairul Nizam Fithri , Pakar Bedar Ortopedik

_Pass on!_

*Mereka kesejukan sehingga suhu mencecah - 5 Celsius, kita?* 😭😭😭😭😭😭

_Kempen "Aid For Syria" ini telah dilancarkan pada bulan September 2016 hingga April 2017._
 
*Adakah kita telah membantu mereka sedaya mungkin?*

*Tidakkah kalian terpanggil untuk merealisasikan nya?*

Sertai kami dalam kempen Aid For Syria melalui pakej berikut:

Pakej Bantuan Musim Sejuk = RM150
Pakej Ten 4 Syria = RM10

*Dengan penuh rendah diri, Aman Palestin Berhad merayu tuan/ puan membuat sumbangan minimum RM10 ke mana-mana akaun Aman Palestin di bawah*

*Kami yakin*, jika mesej ini sampai kepada 5 juta orang kita mampu untuk mengumpul RM500,000,000 dalam masa 24 jam dari sekarang.

*Untuk sampai kepada 5 juta orang di alam maya, mohon setiap orang yang membaca mesej ini untuk FORWARD perkara ini. Moga Allah rahmati kita semua*

*Kami juga menerima duit untuk membersihkan wang KWSP/zakat dan lain-lain*

Sekian, terima kasih.

1⃣Masukkan wang ke salah satu akaun berikut:

*PENAMA : Aman Palestin Berhad*

CIMB: 8600460353
Maybank: 562263010787
Bank Islam: 12029010047880
Bank Rakyat: 220806195922
RHB Bank: 21245760004907
Muamalat: 12070005133717

2⃣Sms/whatsapp/emel slip transaksi ke
014-8099 289/ap.batupahat@gmail.com

3⃣Sertakan
Nama :
No. kad pengenalan :
Alamat :
No. telefon :
Emel :

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi :
07-453 2060 - Pejabat Aman Palestin Batu Pahat
014-8099 289 -Omar
07-453 2060 - Pejabat Aman Palestin Batu Pahat
014-8099 289 - Omar

*Maklumat di atas amat diperlukan agar pihak kami mengetahui tujuan sumbangan dan untuk pengeluaran resit rasmi Aman Palestin yang layak mendapat pelepasan cukai*

🌟 Keikhlasan Anda, Ketulusan Kami🌟
 
*Adakah anda mengaku anda seorang manusia?*

Kata-kata seorang pakcik  di Aleppo ini benar-benar meruntun hati.

*"Wahai muslimin dari timur hingga barat. Di mana kamu? Kami disembelih. Kami sudah tiada apa lagi. Di mana kamu? Takutlah kepada Allah."*😭😭😭😭

*Anda boleh buat 3 perkara ini!*

1) Doakan mereka.
2) Derma.
3) Sebar-sebarkan maklumat ini.

*Anda boleh beli makanan mahal-mahal tapi tak terniat langsung untuk lakukan 3 perkara di atas?*

Fikirkan...

_Semoga Allah bukakan hati anda._

*Semoga Allah berikan rezeki berganda-ganda kepada yang sudi melakukan 3 perkara di atas.*

_Semestinya bukan untuk saya tapi untuk rakyat Syria Palestin yang sangat memerlukan bantuan kita_😭😭😭😭

https://www.youtube.com/watch?v=ri8Sm7hZNhU&feature=youtu.be

#AidForSyria
#AmanPalestin

www.amanpalestin.net

4
Isu Terkini Bandar Tasik Puteri / Larian amal Masjid BTP 15 pct
« pada: September 10, 2017, 07:04:01 am »
🏃🏻🏃🏻🏃🏻🏃🏻🏃🏻🏃🏻🏃🏻🏃🏻🏃🏻

*LARIAN GENG MASJID BTP "Run For Charity"*


Sempena *KARNIVAL KAMI GENG MASJID BTP (KKGM 17)*, pihak Masjid BTP dengan kerjasama PeBT Zon 19 akan menganjurkan larian amal untuk membantu umat Islam Rohingya di Myanmar yang ditindas oleh pihak tentera Negara tersebut.

Justeru itu marilah kita bersama-sama menyertai larian amal ini selain membantu umat Islam yang tertindas, larian ini sebagai medium merapatkan ukhwah umat Islam secara santai berkeluarga.


📆Tarikh  : 15 Oktober 2017 (AHAD)
⏰Masa : 7.30 pagi
🕌 Lokasi : Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor
💰 Yuran : *RM 30 per pax* (7 Tahun ke atas shj)
🏅 Kategori : Keluarga (5 KM)
                      : Individu (10 KM)

📌 *Para peserta akan memperolehi Baju, Medal dan jamuan*

 📌 *Peserta di bawah usia 7 tahun tidak dikenakan yuran dan tiada baju serta medal, hanya makanan sahaja*
 
 📌 *Peserta berusia 7 tahun ke atas WAJIB diberi kebenaran oleh ibubapa / penjaga*


📅 *TARIKH AKHIR PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN PADA 7 OKTOBER 2017*


🕹 Sebarang pertanyaan & pendaftaran, sila hubungi / WhatApps :-

📱 Cikgu Ronie : 019-938 5097
📱 Hazwan : 013-777 3971


*"beriadah sambil beramal"*

5
Kesihatan dan Kecantikan / 4 jenis sayur membantu memudahkan kehamilan
« pada: November 05, 2016, 09:44:57 am »
Oleh Ezaura Rafe. Sumber Vanillakismis.my

Setiap sayur ada nutrisinya yang tersendiri untuk badan manusia. Tapi ada 4 jenis sayur yang dikatakan membantu mempercepatkan kehamilan.  

 Bayam
  Bayam mengandungi zat besi, folat, zink dan antioksidan yang baik untuk kesuburan wanita dan membantu wanita untuk cepat hamil. Boleh amalkan dengan memasak bayam secara sihat dengan dikukus, direbus, atau dijadikan salad.  

Brokoli 
 Brokoli membantu membersihkan tubuh dari metabolit hormon seperti lebihan metabolit estrogen dalam tubuh yang menggangu hormon-hormon kehamilan normal.  

 Daun Bit  Biasanya kita dengar manfaat ubi bit tapi jarang dengar khasiat daunnya. Ia sebenarnya kaya dengan zat besi yang penting untuk membantu kehamilan. Daun bit juga kaya Vitamin C dan folat, yang merupakan nutrisi lain diperlukan untuk kehamilan.  

 Biji Labu dan Tiram  Biji Labu dan Tiram tinggi kandungan zink, zat besi dan asid lemak omega-3. Kekurangan zink dalam tubuh secara langsung berkait dengan ketidaksuburan lelaki dan wanita.    

Pengambilan sayur seperti diatas membantu menjaga kualiti telur dan sperma selain membantu melindungi sperma dari kerosakan kromosom. Semoga menjadi manfaat pada yang sedang merancang untuk menimang cahaya mata. 

   

6
Kesihatan dan Kecantikan / Habbatus saudda Membantu Merawat Kanser
« pada: Oktober 04, 2016, 07:14:05 am »

Habbatus saudda Membantu Merawat Kanser
Khasiat habbatus saudda untuk kesihatan memang banyak.
Rasulullah pun pernah menyebut ia menjadi ubat bagi segala
penyakit melainkan maut.

Saya terbaca dalam satu makalah penyelidikan ia juga membantu
merawat kanser khususnya kanser usus, payudara (breast) dan
pancreas.

Malah ada yang mengatakan ia lebih berkesan dari chemo.



Cara makan saperti berikut (habbatus saudda dalam bentuk minyak).


Satu sudu teh minyak habbatussauda, satu sudu teh madu lebah dan juz buah-buah fresh segelas. Minum setengah jam sebelum sarapan.
Ulang yang sama petang jam 2-3pm
Ulang yang sama sebelum tidur.


Mereka yang telah dibedah buang tumbuhan kanser mereka,
cuba amalkan disamping meningkatkan mutu pemakanan kepada
yang lebih berkhasiat. Lebihkan buah2 dan sayur2, serta makan
multivitamin2 , vit C dan E.

 

7
Kesihatan dan Kecantikan / Kenali kurma
« pada: Mei 30, 2016, 07:43:35 am »
Kenali kurma

1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan di dekati jin?
.
2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
.
3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?
.
4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih menyihatkan daripada kaviar?
.
5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
.
6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?
.
7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?
,
8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?
.
9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma kaya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?
.
10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dynia.

8
Kesihatan dan Kecantikan / Kebaikan Nenas
« pada: Mei 21, 2016, 12:41:18 am »
*Dr. Soelihanto, dr. Pakar Bedah di Batam.*

_*MAKAN NENAS*_: 🍍🍍🍍
----------------
🍍Kalau makan nanas _*bagian tengahnya*_ dibuang tak??.

🍍Mulai sekarang jangan dibuang ya!!!. Bagian tengah nanas ini _*bagus*_. banyak seratnya *anti CANCER USUS*.

🍍Bahagian yang biasa kita makan itu  umumnya adalah _*gula*_. Yang tengah itu namanya *"BRoMoLiN"*.

🍍Khasiat *BRoMoLiN* _dirahasiakan_ pihak medik karena Bromolin _*membantu penyerapan*_ semua _*vitamin, mineral*_ dalam tubuh.

🍍Pada _*pesakit kanser*_:
*Bromolin* _*melunakkan dinding2 sel*_ sehingga obat dapat benar2 menyerap ke dalam sel. Terus pemakaian obat2an hanya diperlukan 25% saja dari dos.

_Misalnya:_ _*Antibiotik 100mg*_, kalau makan *Bromolin*_, kita hanya perlu yang dos _*25mg*_.

*Kenapa dirahsiakan?* 🍍🍍

💊Karena *industri obat* dunia _*terancam penjualan nya*_. Bayangkan saja misalnya dalam 1 pil mereka biasa pakai zat tertentu _*100mg*_, lalu sekarang hanya pakai _*25mg*_. Bisa gulung tikar pabrik nya.

Semoga berguna.

🍍🍍Jadi, makan nanas, _*makan juga tengahnya*_ karena disitulah kebaikan utama yang bisa didapatkan dari buah 🍍 nanas.

*BRoMoLiN* itu _*10,000 kali *lebih kuat*_ dari Kemotherapi .

*Kisah Nyata:* ​🍍🍍🍍
*Pengalaman teman.*

🍍🍍Ada _*penyumbatan pembuluh darah*_ banyak luar biasa , sudah pasang ring 7. Sekarang dia makan *Bromolin* sama *Vitamin C* dosis tinggi dan penyumbatannya bersih sendiri.

🍍Dulu setiap 6 bulan sekali dia scan selalu ada yang tersumbat. Sekarang _*bersih*_ sama sekali dan jadi lancar, tidak ada yang tersumbat.

_*Semoga bermanfaat!!!*_
Mari kita berbagi info ini pd saudara2, teman-teman kita siapa tahu ada yang sangat memerlukan.🍍
_Copy and paste-

9
Beberapa tahun lepas saya menurunkan Mak di depan hospital dan berjanji supaya Mak talipon bila dah semua urusan selesai, Mak menghadiri pemeriksaan biasa bulanan di Hospital Balik Pulau, saya pulang kerumah dan menunggu Mak talipon bila dah siap nanti.

Dalam perjalanan pulang kerumah, saya tiba tiba terkenang suatu ketika dulu ketika saya demam, Mak menggengam erat tangan saya berjalan dari rumah menunggu bas untuk ke hospital, sesekali saya didukung kerana tak kuat berjalan, diatas bas saya baring di ribaan Mak sambil Mak mengusap kepala dan sesekali mengucup dahi saya, di hospital juga ketika menunggu rawatan saya sentiasa didalam pelukan Mak,selesai rawatan, sekali lagi dalam perjalanan ke stesen bas saya didukung, sempat dibawa ke kedai dan Mak cakap 'adik nak beli apa apa ke' sampai dirumah saya dipujuk untuk makan ubat, dipujuk dan disuap makan kerana tak lalu makan akibat demam.

Habis saja kenangan itu berlalu difikiran saya segera terus berpatah balik ke hospital,' hujan lebat didalam kereta' sampai di hospital terus saya mendapatkan Mak yang sedang termanggu keseorangan menunggu urusan rawatan, saya sembunyikan airmata saya yang ditahan supaya tidak mengalir dihadapan Mak, saya memegang tangan Mak membawa masuk bilik doktor, mendengar penjelasan doktor berkaitan tahap kesihatan Mak,
mendengar nasihat doktor supaya memantau pemakanan Mak, saya memegang tangan Mak ke farmasi dan menunggu untuk mengambil ubat, selesai semuanya saya memegang tangan Mak menuju ke kereta, membuka pintu kereta untuk Mak dan saya tanya 'Mak ada nak beli apa apa ke',
YA ALLAH, ampunilah aku yang sedikit terlalai dari menyantuni pembuka pintu syurga untuk ku ini.

Saya sekarang di IJN Kuala Lumpur, menunggu untuk berjumpa doktor, rawatan susulan.
Saya menulis rasa hati ini bila melihat di sini ramai Mak Ayah yang keseorangan terkial kial bertanya arah sambil menunjukkan kad mereka, bayangkan disini ada blok A, blok B dan sangat luas, ada yang bertanya arah cafe untuk makan setelah semalaman berpuasa untuk mengambil darah, beratur ramai untuk mengambil dan membayar harga makanan dan sebagainya, saya juga melihat pasangan Mak Ayah lewat 70 an yang saling membantu berpimpin, berjalan perlahan mengatur langkah dan sesekali berhenti penat, mungkin mereka tidak mempunyai anak TETAPI sangat rugi lah seandainya mereka mempunyai anak anak dan anak anak mereka terlepas pandang ruang kasih sayang yang sepatutnya mereka penuhi ini.

Alhamdulillah, setakat ini saya gagah kesana sini berjalan laju di hospital, namun seandainya saya berada ditahap Mak saya dan Mak Mak Ayah Ayah yang saya lihat di IJN ini, saya akan rasa selesa, bangga, terharu dan harapkan ada anak bersama saya sekurang kurangnya sebagai 'SEMANGAT'.

Anak anak sekelian, saya yakin apa yang saya rasa ini dirasai oleh Mak Ayah kita semua.
Hayati lah firman ALLAH ini untuk kebaikan bersama dunia dan akhirat-

وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا .

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. Jika salah satu seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, 'Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah menyayangi aku di waktu kecil'.
Al Isra' 23 & 24

Syed Mohamad Nazli Bin Syed Ahmad
Institut Jantung Negara IJN,
Kuala Lumpur,
4-5-2016.

10
Tasik Puteri Iklan (free ads) / Pamplete dari CBS BTP
« pada: April 17, 2016, 11:13:22 am »
Assalam semua
Sempat menyinggah sekejap di CBS BTP tadi.

Sesetengah barang yg saya bandingkan, harga amat berbaloi berbanding diluar sana.


Saya tolong promote dr pamplete yg saya dapat :

1. Telekung Siti Khadijah/ stokin ajaib Vken
     Hubungi 013-333 8858 / 012-331 0152

2. Pamoga dan Caliph
     Hubungi Azura 018-247 3502

3. NEW FIRST GOLD
     Best postpaid plan for internet with Celcom
     Plus carry forward unused internet
     RM80 / month for limited time only
     Hubungi 018-945 1723 / 03-3122 1668
 
Wassalam
     


11
Topik Umum (Bahasa Malaysia) / Faedah Sebagai Ahli KWSP
« pada: Mac 30, 2016, 07:13:26 am »
Faedah Sebagai Ahli KWSP

Manfaat Persaraan

Simpanan KWSP adalah simpanan untuk persaraan anda. Simpanan ini terdiri daripada caruman bahagian pekerja dan majikan dan ditambah oleh dividen tahunan setiap tahun.

Apabila anda mencarum 8% daripada gaji anda dengan KWSP, majikan anda akan menambah 12% atau 13% lagi caruman daripada gaji anda (kadar caruman ini tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh kerajaan).

Bagaimanapun, anda atau majikan atau kedua-duanya boleh mencarum melebihi kadar berkanun yang ditetapkan. Oleh itu, jika anda tidak mencarum, anda akan kehilangan manfaat persaraan tersebut.

Dividen

Semua caruman di KWSP akan dibayar dividen dan dijamin oleh kerajaan pada kadar minimum 2.5%.

Dividen ke atas setiap akaun ahli dikira berdasarkan agregat baki harian (aggregate daily balance).

Bantuan Hilang Upaya Dan Bantuan Kematian

Bantuan Hilang Upaya dan Bantuan Kematian adalah tanda simpati KWSP yang dibayar kepada ahli/penjaga atau waris ahli bagi meringankan beban kewangan apabila ahli mengalami hilang upaya ataupun meninggal dunia. Bayaran ini bukanlah daripada simpanan ahli tetapi hasil daripada pendapatan pelaburan KWSP.

Bantuan Hilang Upaya (Pengeluaran Hilang Upaya)

Bantuan Hilang Upaya dibayar kepada ahli yang hilang pekerjaan disebabkan oleh hilang upaya dan telah membuat Pengeluaran Hilang Upaya. Jumlah Bantuan Hilang Upaya adalah sebanyak RM5,000.00. Bantuan ini akan diberikan sekali sahaja dan perlu mematuhi syarat-syarat berikut:

° Warganegara Malaysia;
° Ahli belum mencapai umur 55 tahun;
° Memohon Pengeluaran Hilang Upaya dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh tamat perkhidmatan atau hilang pekerjaan;
° Tempoh perkhidmatan akhir hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan berterusan;
° Ditamatkan perkhidmatan disebabkan tidak berupaya untuk bekerja dan bukan atas sebab sukarela atau tindakan disiplin.


Bantuan  Kematian (Pengeluaran Kematian)

Bantuan Kematian dibayar kepada orang tanggungan atau waris terdekat ahli apabila Pengeluaran Kematian dibuat.  Bayaran kepada orang tanggungan atau waris terdekat ahli adalah mengikut budi bicara KWSP. Jumlah Bantuan Kematian adalah sebanyak RM2,500.00. Bantuan ini akan diberikan sekali sahaja dan perlu mematuhi syarat-syarat berikut:

° Warganegara Malaysia;
° Ahli belum mencapai umur 55 tahun semasa kematian;
° Permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dalam tempoh 6 bulan daripada  tarikh kematian ahli.

Pelepasan Cukai Pendapatan

Caruman KWSP mendapat pelepasan cukai sehingga jumlah maksimum RM6,000.00 tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa (termasuk pelepasan untuk bayaran premium insurans nyawa).

Anda tidak perlu membayar cukai pendapatan ke atas simpanan yang anda keluarkan di bawah pengeluaran simpanan KWSP.  Selain itu, pulangan pelaburan KWSP juga terkecuali daripada dikenakan cukai.

Rukukan:
[url]www.kwsp.gov.my/portal/ms/members/member-responsibility/registration/benefits-as-an-epf-member/url]

12
Topik Umum (Bahasa Malaysia) / MENJAGA ANAK KUCING YANG TERBIAR
« pada: Mac 13, 2016, 01:21:35 pm »
MENJAGA ANAK KUCING YANG TERBIAR




Anak kucing terbiar yang masih memerlukan susuan (orphaned kitten) berlaku kerana kematian ibu atau ditinggalkan ibu kucing. Anak kucing seperti juga bayi perlukan ‘hubungan’ kasih sayang dan jagaan yg rapi. Fakta pertama yg saudari perlu tahu ialah, anak kucing memerlukan susu dari ibunya sejak dilahirkan hingga di usia 4 minggu. Selepas usia ni anak kucing akan kurang menyusu dan mula merasa lapar. Inilah permulaan untuknya mula makan makanan lembut (weaning phase). Untuk menjaga anak kucing sebegini memerlukan komitmen dan kesabaran.

Alat yang diperlukan antaranya :
1. Kotak tempat tinggal,
2. Selimut/kain,
3. Botol susu (boleh dibeli di farmasi/vet, khas untuk kucing)
4. Susu Formula - Seboleh-bolehnya gunakan susu formula sebagai ganti susu ibu kucing (milk replacer) yang terdapat di kedai haiwan (pet shop). dan bukannya susu kotak yg boleh didapati di supermarket. Susu mesti suam, pastikan ia dalam keadaan berdiri, setelah habis menyusu (mengunakan botol) buat sedikit senaman utk anak kucing dengan mengurut perut, kaki serta tangannya, paling penting :
"Jangan sesekali beri susu lembu atau susu kambing yg boleh didapati di ladang ataupun supermarket! Susu mengandungi laktos (lactose) yang susah dihadamkan oleh kucing terutama anak kucing yang kemudiannya mengakibatkan cirit birit (diarrhea)."
Gunakan berus lembut seperti berus gigi untuk menyikat bulu anak kucing agar tidak bersimpul.
Jika matanya kotor, bersihkannya mengunakan kapas dan air.
Sedikit minyak bayi boleh digunakan untuk melembapkan kulit anak kucing yg mudah mengering.

Tips :
Anak kucing pada minggu pertama selalunya hanya minum dan tidur. Jika ia berbunyi, ianya mungkin menandakan anak kucing kesejukan atau lapar – mcm human baby kan?
Jika anak kucing tersebut dapat menyusu dengan ibunya dalam 24 jam yg pertama, anak kucing berpotensi hidup atau survive. Sebabnya? susu pertama ibu kucing mengandungi colostrum yang membekalkan antibodi kepada anak kucing smile emoticon
Jika anak kucing berlonggok, berada di atas antara satu sama lain, mereka kesejukan. Jika mereka terasing di antara satu sama lain, keadaan mereka terlalu panas. Suhu yang terbaik ialah apabila mereka berbaring sebelah menyebelah.

13
Topik Umum (Bahasa Malaysia) / FITRAH ANAK ITU BERMAIN
« pada: Mac 13, 2016, 12:13:50 pm »
Sekadar perkongsian:

FITRAH ANAK ITU BERMAIN

1. Hari ini impian mak ayah semakin menggila, anak seusia tahun dua sudah diajar ke tusyen segala.

2. Anak kecil ini terlena ditangga tusyen sebab mak ayahnya lambat ambil.

3. Saya yang lihat rasa nak menangis pun ada. Hati kita dimana?. Saya benar benar terluka melihat sikap ayahnya.

4. Pagi sekolah agama, petang sekolah vernakular dan malam tusyen segala. Kita nak dia jadi Profesor? atau Menteri serba guna?

Ibubapa yang mulia

5. Fitrah anak itu bermain, berkawan dan bercerita. Bukan belajar sepanjang masa.

6. Zaman ketawa, menangis, mengusik adik, kotorkan baju dan kasut sekolah itu mesti ada.

Zaman makan aiskrim, beli jajan, tangkap kucing, naik basikal, mandi kolam, kejar anjing itu wajib ada.

7. Jangan rosakkan zaman emas mereka dengan belajar dan hilangkan senyum ketawa dimuka.

8. Semua ibubapa nak anaknya berjaya tetapi jangan jadikan anak kita 'trophy' yang kita boleh banggakan waktu cerita dengan kengkawan di tempat kerja.

9. "Anak aku semua masuk smart reader, khalifah, smart kids segala bagai". Apakah kita nak anak kita jadi bijak pandai seperti menteri itu?

10. Takut sangat anak gagal dan tidak cemerlang, pandai sangatkah kita dulu hingga nak anak hebat begitu?

11. Bila anak tidur, lihatlah wajah mereka. Letihnya mereka dengan sistem pendidikan yang ada, yang berubah sepanjang masa.

12. Kita selalu kata, "anak tak pandai pun tak mengapa, yang penting solatnya terjaga".

Tetapi bila tak dapat cemerlang tahun dua dah hantar tusyen sampai tidur atas tangga.

Jangan jadi ibubapa yang hilangkan senyum ketawa anak dimuka mereka.

Cuti ini bawaklah mereka bermain bagi kembalikan senyum dan ketawa. Fitrah anak anak itu bermain kengkawan, jangan bunuh jiwa mereka

Nota: Telegram Dr Tengku Asmadi. dari edaran media sosial

14
Assalamualaikum

Jom kita pergi beramai-ramai memberikan sokongan kepada Kelab Teater Sek Keb  Bandar Tasik Puteri:



TAJUK : IMAM
KARYA/ARAHAN         : SIR IZMAN
TARIKH                       : 8-10 APRIL 2016
JAM                             :8:30 PM
LOKASI                       : AUDITORIUM KOMPLEKS JABATAN KEBUDAYAAN & KESENIAN NEGARA WILAYAH PERSEKUTUAN
HARGA TIKET             : RM10  (HUBUNGI 014-232 0653

15





15 KHASIAT CUKA EPAL

 

Ketahui khasiat-khasiat cuka epal ini dengan lebih lanjut di bawah:

1. Membantu Masalah Perut

Hirup sedikit cuka epal yang dicampurkan dengan air. Jika masalah sakit perut anda berpunca daripada jangkitan kuman, cuka epal boleh melawannya. Hal ini kerana cuka epal mempunyai kandungan antibiotik dan pectin yang mana boleh melegekan masalah usus.

2. Menghilangkan Tersedu

Tersebu sangat mengganggu anda, lebih-lebih lagi jika anda tidak tahu bagaimana untuk menghilangkannya.

Ambil satu sudu teh cuka epal dan minumnya. Rasa masam boleh menghilangkan tersedu – ia merangsang saraf otak.

3. Melegakan Sakit Tekak

Jika anda merasakan tidak selesa dengan tekak anda dan merasakan anda akan mendapat sakit tekak, ambil cuka epal. Ia mengandungi tahap asid yang lebih tinggi dan kebanyakan kuman tidak boleh dihidup dalam keadaan tersebut.

Campurkan 1/4 cawan dengan cuka epal dan 1/4 dengan air suam. Kemudian, berkumur dengannya setiap sejam ataupun 2 jam.

4. Mengurangkan Kadar Kolestrol

Walaupun penemuan ini perlukan lebih banyak kajian, namun pada tahun 2006 penyelidik menemui bahawa asid asetik yang terdapat di dalam cuka boleh mengurangkan kolestrol di dalam badan tikus makmal.

Dan, satu kajian yang dijalankan di Jepun mendapati bahawa orang yang mengambil 15 gram cuka epal setiap hari boleh mengurangkan tahap kolestrol bagi orang yang terlibat dalam kajian di dalam kajian tersebut.

5. Mengelakkan Masalah Penghadaman

Hirup sedikit cuka epal sebelum makan, terutama jika anda akan makan makanan yang banyak. Cuba ini: tambah 1 sudu teh madu dan 1 sudu cuka epal ke dalam satu gelas air suam. Kemudian minum 30 minit sebelum anda makan.


 
6. Melegakan Hidung Tersumbat

Lain kali, apabila hidung anda tersumbat, dapatkan cuka epal. Ia mengandungi potassium, yang boleh mengurangkan mukus/hingus. Asid asetik yang terdapat di dalam cuka pula boleh membantutkan pertumbuhan bakteria.

Campurkan satu sudu teh cuka epal di dalam satu gelas air. Kemudian, minum air tersebut untuk melegakan hidung tersumbat anda.

7. Membantu Mengurangkan Berat Badan

Cuka epal boleh membantu anda dalam mengurangkan berat badan, cuma anda perlu tahu bagaimana untuk memanfaatkannya.

Asid asetik boleh mengurangkan selera dan meningkatkan metabolisma badan. Saintis juga mengganggap bahawa cuka epal boleh mengurangkan penghadaman dan penyerapan kalori ke dalam badan.

Mahukan menurunkan berat badan? Apa kata anda cuba ubat kurus, ketahui produk-produk yang berkesan di sini.

8. Menghilangkan Kelemumur

Dalam laman web rasmi Dr Oz, beliau ada mencadangkan anda menggunakan cuka epal sebagai salah satu kaedah merawat masalah kelemumur.

Tahap asid yang terdapat pada cuka epal boleh mengubah pH pada kulit kepala anda, membuatkannya sukar bagi yis untuk tumbuh.

Campurkan 1/4 cawan cuka epal dengan 1/4 cawan air. Sapukan air campuran tersebut di kulit kepala anda, biarkannya selama 15-60 minit. Kemudian bilas dengan air. Amalkannya sebanyak 2 kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Mahukan maklumat yang lebih lanjut dalam menangani masalah kelemumur, sila baca artikel ini.

9. Menghilangkan Jerawat

Cuka epal boleh menjadi toner semulajadi yang membantu kulit anda lebih sihat. Sifat-sifat antibakterianya boleh membantu anda mengawal jerawat, dan asid malik dan laktik yang terdapat dalam cuka epal boleh melembutkan dan exfoliate kulit.

Pada masa yang sama ia boleh mengurangkan kesan bintik-bintik merah dan menstabilkan pH pada kulit dan wajah anda.

Ketahui petua-petua menghilangkan jerawat dengan berkesan di sini.

10. Membekalkan Tenaga

Senaman, bersukan dan kerja-kerja yang berat boleh meningkatkan penghasilan asid laktik di dalam badan, membuatkan anda rasa letih.

Apa yang menarik adalah, asid amino yang terdapat di dalam cuka epal boleh bertindak sebagai antidot kepada situasi ini. Pada masa yang sama, potasium yang terdapat di dalam cuka boleh melegakan rasa letih dan lemah badan.

Jadi, lain kali anda rasa penat dan letih, tambahkan satu sudu teh (atau dua) cuka epal ke dalam satu gelas air. Kemudian minum.

11. Mengurangkan Kekejangan Kaki (pada waktu malam)

Kekejangan kaki menunjukkan bahawa anda kurang kadar potasium di dalam badan. Memandangkan cuka epal mengandungi kandungan potasium yang tinggi, apa kata anda menggunakannya untuk melegekan kekejangan anda.

Satu petua mencadangkan anda mencampurkan 2 sudu teh cuka epal dan satu sudu teh madu ke dalam satu gelas air suam. Kemudian minum campuran tersebut untuk melegakan kekejangan kaki anda, terutama pada waktu malam.


 
12. Menghilangkan Bau Mulut

Jika anda kerap menggosok gigi dan berkumur dengan Listerine, tetapi masalah bau mulut anda masih tidak hilang, cubalah pula dengan cuka epal. Berkumur dengan cuka epal ataupun minum satu sudu teh untuk membunuh bakteria yang menyebabkan masalah bau mulut tersebut.

14. Memutihkan Gigi

Berkumur dengan cuka epal setiap pagi. Cuka membantu menghilangkan noda dan memutihkan gigi. Pada masa yang sama membunuh bakteria di dalam mulut, gigi dan gusi.

Kemudian, gosok gigi seperti biasa setelah anda berkumur itu. Anda juga boleh menggunakan baking soda jika anda mahu untuk memutihkan gigi –  baca langkah-demi-langkah di sini.

14. Mencepatkan Penyembuhan Luka

Cuka epal mempunyai sifat anti-inflamatori, ianya boleh mencepatkan proses penyembuhan luka-luka yang kecil. Pada masa yang sama, cuka epal juga boleh mengelakkan daripada dijangkiti oleh kuman.

15. Mengawal Kadar Gula Dalam Darah

Beberapa teguk cuka epal boleh membantu mengawal kadar gula di dalam darah, mengikut beberapa kajian terdapat kaitan di antaranya.

Satu kajian ke atas orang yang menghidap kencing manis tahap 2 yang tidak mengambil insulin di dapati mengambil 2 sudu teh cuka epal sebelum tidur boleh mengurangkan kadar gula pada waktu paginya.

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Arizona menjumpai bahawa orang yang meminum campuran cuka epal dengan air sebelum makan makanan yang tinggi kadar karbohidratnya mempunyai kadar gula dalam darah yang lebih rendah kemudiannya.

Ahli saintis beranggapan bahawa kesan antiglycemic dari asid tersebut adalah kunci kepada hasil kajian ini.

Kesan Sampingan

Setakat artikel ini ditulis, cuka epal tidak mendatangkan kesan sampingan (jika di ambil dengan kadar yang betul), hal ini kerana cuka epal dihasilkan dengan 100% bahan semula jadi tanpa olahan dan tambahan bahan kimia yang berbahaya.



Cara Kuruskan Badan dengan Cuka Epal

Cuka epal membantu badan memecahkan lemak dan secara tidak langsung menolong proses penurunan berat badan dengan lebih cepat.
Cuka epal meningkatkan kadar metabolisma badan yang menyebabkan kadar pembakaran lemak lebih tinggi dari biasa. Ini akan menukarkan lemak kepada tenaga. Semakin kurang lemak maka makin berkuranglah berat badan. Ini bermakna cuka epal membantu menurunkan berat badan.

Cuka epal memulihkan sistem penghadaman badan. Bila sistem penghadaman badan bagus akan lagi mudah untuk proses mencernakan bahan makanan yang dimakan.

Cuka epal membantu menurunkan kadar kolesterol dan kadar triglyceride dalam badan. Ini membantu menurunkan berat badan oleh lemak.

Cuka epal juga bagus untuk detox iaitu menyingkirkan sisa toksin dalam badan. Salah satu sebab badan susah nak kurus ialah banyak sisa toksin dalam badan. Jadi bila sisa toksin keluar melalui najis. Ianya akan memudahkan lagi proses kuruskan badan.

Jika korang minum cuka epal sebelum makan, korang akan lebih cepat rasa kenyang.
Once dah minum cuka epal akan menolong badan melambatkan rasa lapar. Dah lambat rasa lapar takdelah mulut korang asyik nonstop je nak makan itu ini. Nafsu makan pun kurang. Automatik ianya salah satu cara terbaik untuk kuruskan badan dengan cuka epal!

Selain dari kuruskan badan cuka epal juga berkhasiat untuk mengubati pelbagai penyakit atau masalah kesihatan seperti alergik samada kesan dari binatang kesayangan atau tak kesayangan, makanan atau persekitaran yang berhabuk.
Jangkitan sinus, selsema, jerawat, kolesterol yang tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis iaitu penyakit bengkak sendi, gout dan menurunkan darah tinggi.

Ingat nak bagi ayah makan cuka epal ni jugak sebab ada penyakit darah tinggi. Tapi ayah bagitau dah terlampau banyak jenis ubat dia makan. Dia tak nak. Maybe kena usaha pujuk ayah bersungguh baru dia nak minum cuka epal.
Dengarnya bagus juga untuk kencing manis. Lagi bagus masa memasak gantikan cuka masakan kepada cuka epal.

Cara terbaik kuruskan badan amalkan minum cuka epal
1-2 sudu cuka epal bersama satu cawan air sebanyak 2-3 kali sehari semasa perut kosong atau sebelum makan. Dos yang dicadangkan adalah 1-2 sudu teh (5-10ml) sehingga 1-2 sudu besar (15-30ml) setiap hari.

Sekiranya tidak tahan masam atau korang ada penyakit gastrik dicadangkan cuka epal dicampur dengan pati delima, jus buah atau teh dan paling bagus ialah bersama madu yang dicampur bersama air suam. Tidak perlu dicampur gula.

Cuka epal seeloknya diminum pagi sebelum sarapan dan waktu malam sebelum tidur. Harus berhati-hati, jangan mengambil lebih dari yang disarankan kerana ia mungkin memudaratkan.

Laman: [1] 2 3 ... 34