Penulis Topik: PENGAGIHAN BANTUAN ZAKAT PADA TAHUN 2011  (Dibaca 3113 kali)

yusida

  • Global Moderator
  • Hero Member
  • *****
  • Pos: 1042
    • Lihat Profil
PENGAGIHAN BANTUAN ZAKAT PADA TAHUN 2011
« pada: Oktober 03, 2012, 12:00:20 am »
Assalamualaikum

Sering kita tertanya-tanya, kemanakah perginya wang zakat yang telah kita bayar selama ini.  Di bawah ada sedikit maklumat antara mereka yang telah menerima bantuan zakat pada tahun 2011 untuk dikongsikan bersama.


a) 420 asnaf fakir, miskin dan mualaf telah mendapat bantuan modal di bawah Program Pembangunan Ekonomi.

b) 110 asnaf telah berjaya keluar asnaf hasil daripada bantuan ekonomi yang disediakan Lembaga Zakat Selangor (LZS)

c) 21,097 asnaf fakir dan miskin telah menerima bantuan Ramadan dan Hari Raya.

d) 1,005 penerima mendapat manfaat zakat untuk rawatan dialisis.

e) 239 rumah asnaf fakir, miskin dan mualaf dibina.

f) 393 rumah asnaf di baik pulih.

g) 650 anak asnaf fakir dan miskin tamat pengajian di IPT

h) 13,880 menerima bantuan umum pelajaran di bawah asnaf fisabilillah.

i) 1,683 telah menerima bantuan zakat di bawah asnaf al-Riqab

j) 177 anak-anak asnaf fakir dan miskin ditempatkan di tiga buah asrama pelajar Baitul Hasanah di Klang, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

k) 655 keluarga asnaf menerima bantuan untuk keperluan pendidikan.

l) 3,096  pegawai masji di biayai dengan bantuan zakat.

Wassalam.


sumber: Majalah Asnaf Lembaga Zakat Selangor
« Edit Terakhir: Oktober 03, 2012, 12:04:01 am oleh yusida »

yusida

  • Global Moderator
  • Hero Member
  • *****
  • Pos: 1042
    • Lihat Profil
Per:PENGAGIHAN BANTUAN ZAKAT PADA TAHUN 2011
« Jawab #1 pada: Disember 27, 2012, 08:24:18 am »
Assalamualaikum.. nak share sikit cara kira zakat pendapatan



Zakat Pendapatan   

Takrifan Zakat Pendapatan
Menurut Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr. Hussein Shahatah, zakat gaji dan pendapatan diistilahkan sebagai zakat al-Mal al-Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional.

Takrif Zakat Gaji dan Pendapatan
Zakat Gaji dan Pendapatan termasuklah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan sebagai balasan perkhidmatan yang berupa gaji, upah, bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah, elaun, honorarium, pampasan, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain bentuk perolehan semasa hidup, bersara atau mati dan apa jua pendapatan berdasarkan kerjaya atau sebagai ahli profesional.

Terdapat dua kaedah mengira zakat pendapatan iaitu:

Cara 1 Pendapatan Kasar Setahun x 2.5% (jika melebihi nisab)   
Contoh: RM30,000.00 x 2.5%  750
   
Cara 2 Pendapatan Yang Layak di Zakat x 2.5% (setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenarkan)   

Contoh:   
 A. PENDAPATAN dari sumber seperti elaun, bonus, dividen yang diterima (setahun) 30,000 
 B. TOLAK PERBELANJAAN yang dibenarkan (setahun)   
 1. Diri =8,000 
 2. Isteri =3,000 
 3. Anak 4 orang x RM1,000 =4,000 
 4. Pemberian kepada ibu bapa (contoh: RM100 × 12) =1,200 
 5. KWSP (contoh: 11%) =3,300 
 6. Caruman ke organisasi / koperasi / institut kewangan yang membayar zakat bagi pihak pencarum dan pendeposit (contoh: Lembaga Tabung Haji) =900 

Jumlah Tolakan 20,400  

 C. PENDAPATAN YANG LAYAK DIZAKAT (A - B) = 9,600 
 D. ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR (kerana C lebih dari nisab) RM9,600 × 2.5% = 240
 E. JUMLAH POTONGAN GAJI ZAKAT SEBULAN (RM240 ÷ 12 bulan) = 20

 

yusida

  • Global Moderator
  • Hero Member
  • *****
  • Pos: 1042
    • Lihat Profil
Per:PENGAGIHAN BANTUAN ZAKAT PADA TAHUN 2011
« Jawab #2 pada: Disember 28, 2012, 08:19:02 am »
Zakat Saham   



Dr. Yusoff Al-Qaradhawi dalam bukunya Fiqh-Zakat mendefinisikan saham sebagai kertas berharga yang diperniagakan dalam transaksi-transaksi perdagangan khususnya di Bursa Malaysia.

•Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia, ianya mudah untuk dijadikan wang tunai dibandingkan dengan saham dalam syarikat yang tidak disenaraikan di Bursa Malaysia atau saham dalam koperasi.
•Saham yang dibeli dari wang sendiri sahaja dikira manakala bahagian yang dibeli melalui pinjaman hendaklah ditolak kerana dikira tidak sempurna milik.
Syarikat Yang Mengeluarkan Zakat Perniagaan
Saham yang disimpan di dalam syarikat yang membayar zakat perniagaan tidak perlu dizakatkan lagi.

Saham-Saham Yang Tidak Disenaraikan
Saham jenis ini tidak mudah ditunaikan. Secara praktisnya, zakat hendaklah dikeluarkan ke atas jumlah dividen yang diterima.

Mengira Zakat Atas Saham-Saham Yang Disenaraikan
•Pemilik saham boleh mengasingkan pengiraan zakat atas saham kepada dua kumpulan iaitu saham yang masih dimiliki melebihi setahun dan saham-saham yang dijualbeli untuk tempoh kurang daripada setahun.
•Bagi saham-saham berbentuk pelaburan jangka panjang (melebihi setahun) maka zakat dikira ke atas jumlah lot yang di pegang didarab dengan harga terendah seunit.

1. Contoh saham yang disimpan selepas setahun :-


Nama Saham       Bil Unit (A)
RM
Harga Terendah  (B)
RM
Jumlah (A x B)
RM
-----------------------------------------------
ABC20,000 1.5030,000
XYZ20,0000.5010,000
-----------------------------------------------
Jumlah Harga Terendah 40,000


Zakat = RM40,000 x 2.5%
= RM 1,000

•Bagi saham-saham yang jualbeli sepanjang tahun, maka dikira 2.5% atas jumlah keuntungan saham setelah ditolak modal permulaannya.


2. Contoh saham yang dijual beli sepanjang tahun :-
2.5% x Keuntungan jualan saham ( Nilai Jualan Saham – Modal )

Contoh:

a) Saham X: RM6,000 - RM2,000 = RM4,000
b) Saham Y: RM8,000 - RM2,000 = RM6,000
Jumlah Zakat RM10,000 x 2.5%= RM250
 
« Edit Terakhir: Disember 28, 2012, 08:30:11 am oleh yusida »

yusida

  • Global Moderator
  • Hero Member
  • *****
  • Pos: 1042
    • Lihat Profil
Per:PENGAGIHAN BANTUAN ZAKAT PADA TAHUN 2011
« Jawab #3 pada: Disember 12, 2013, 08:43:53 am »


ZAKAT ANDA, MANFAAT MEREKA

Tahukan anda, pada tahun 2012 sebanyak RM401.7 juta telah diagihakan melalui lima program pembangunan utama di Lembaga Zakat Selangor (LZS). Program pembangunan tersebut meliputi Program Pembangunan Sosial, Ekonomi, Pendidikan, Insan dan Institusi Agama.  Sesungguhnya, para asnaf di negeri Selangor telah disantuni dengan zakat yang diberikan oleh anda sepanjang tahun 2012.

1. Seramai 25,268 keluarga asnaf fakir dan miskin menerima bantuan Ramadan dan Hari Raya.

2. 1,586 orang pesakit dialisis telah di biayai oleh dana zakat melalui hutang rawatan dialisis melibatkan RM26.6 juta.

3. Sebanyak 1,069 orang asnaf fakir, miskin dan mualaf menikmati bantuan bina dan baik pulih rumah dengan agihan zakat sebanyak RM14.5 juta.

4. Seramai 926 orang asnaf fakir, miskin dan mkualaf menerima bantuan ekonomi dari LZS dan 219 daripada mereka berjaya keluar daripada kategori asnaf.

5. 3,710 orang guru KAFA di Selangor mendapat manfaat zakat melalui bantuna elaun guru KAFA.

6. 6,751 keluarga asnaf fakir dan miskin teleh menerima bantuan kewangan bulanan di antara RM150 hingga RM500.

7. Seramai 13,195 asnaf fakir dan miskin telah menerima bantuan yuran sekolah rendah/menengah membabitkan agihan zakat sebanyak RM5.1 juta.

8. 492 orang asnaf mualaf mendapat bantuan zakat berbentuk dermasiswa pelajaran.

9. Dibawah asnaf fisabilillah, seramai 1,115 penghufaz al-Quran menerima dermasiswa penghufaz quran membabitkan jumlah agihan sebanyak RM1.6 juta.

10. Terdapat 2,436 anak asnfa fakir dan miskin yang melanjutkan pengajian di IPT.

11. Sebanyak RM1.4 jua diagihkan melalui program pemulihan akhlak di bawah asnaf riqab.

12. Sebanyak 25 buah sekolah agama disantuni oleh zakat melalui bantuan pembinaan dan baik pulih sekola agama melibatkan jumlah agihan zakat sebanyak RM6 juta.