Penulis Topik: JANGAN SOMBONG  (Dibaca 2102 kali)

yusida

  • Global Moderator
  • Hero Member
  • *****
  • Pos: 1043
    • Lihat Profil
JANGAN SOMBONG
« pada: September 12, 2013, 08:20:03 am »
Assaamualaikum...

Muhasabah diri yang perlu ditanamkan dalam hati setiap masa.


JANGAN SOMBONG!!!



1) Susah menerima pandangan orang lain

2) Mudah marah dah beremosi

3) Memilih-milih kawan

4) Memandang hina golongan bawahn

5) Tidak senang dengan kejayaan orang lain

6) Tidak menghargai emberian orang

7) Memperkata keburukan orang

8) Mudah berdendam

9) Susah meminta maaf dan memberi kemaafan

10) Kurang bermesra dengan orang



Kuot
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri. (Surah An-Nisaa' sebahagian ayat 36)

Kuot
Nabi s.a.w bersabada 'Tidak akan masuk surga, sesiapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan' (HR MUSLIM)[/b]
« Edit Terakhir: September 12, 2013, 08:28:16 am oleh yusida »

yusida

  • Global Moderator
  • Hero Member
  • *****
  • Pos: 1043
    • Lihat Profil
Per:JANGAN SOMBONG
« Jawab #1 pada: September 12, 2013, 08:36:03 am »

7 Jenis Sombong Yang Dilaknat ALLAH

1. Sombong kerana kelebihan seseorang dengan pengetahuan ilmunya, baik ilmu dunia atau ilmu akhirat.
Apabila ilmu sudah penuh di dada, dia menganggap orang lain jahil belaka, semua orang buta dan jika ada pandangan yang bernas tetapi tidak diterimanya.

Orang yang sombong seumpama ini hendak dirinya selalu dihormati oleh orang lain terutama ketika di khalayak ramai, oleh anak muridnya dan orang bawahannya serta sentiasa meminta diberi layanan mulia.

2. Sombong kerana kelebihan beribadat seseorang.
Penyakit orang ahli abid yang merasa diri mereka terlalu banyak beribadat berbanding dengan orang lain sehingga menganggap orang lain tidak mampu beribadat seperti mereka.

3. Sombong kerana ego memperkasakan keturunan, bangga kita berketurunan mulia lagi bangsawan, suka menyebut nama datuk nenek moyang kita yang dulunya dikatakan keramat atau hebat.Sifat sombong seperti ini tidak ubah seperti kaum
Bani Israel yang dilaknat Tuhan, seperti termaktub dalam al-Quran. Mereka bangga dengan keturunan mereka yang banyak menjadi nabi ikutan, konon keturunan mulia dikasihi tuhan.

4. Sombong kerana berasa diri cantik dan sempurna malah memandang orang lain dengan hina, seperti merendah-rendah ciptaan Allah hingga sanggup menyindir atau memberi gelaran tidak baik seperti pendek, berkulit hitam atau gemuk.

5. Sombong yang berpunca daripada kelebihan harta diberi Allah membuat kita lupa daratan, berbangga dengan kekayaan yang ada, rumah besar, kereta BMW mewah hingga memandang rendah orang yang kurang berada.

6. Sombong kerana kekuatan dan kegagahan diri.
Semua orang akan dibuli kerana kuatnya badan kita tidak terperi, hingga boleh memakan kaca, kunyah besi, boleh menarik bas dan lori hanya dengan gigi, boleh dihempap badan dengan batu dan besi, atau sebagainya.

7. Sombong dan berbangga kerana ramainya pengikut setia di belakang diri, sepertinya orang alim berbangga dengan ramainya murid yang memuji. Guru silat pula berbangga dengan ramainya murid yang tidak lut ditetak parang dan dijilat api.

Oleh itu, hendaklah kita memeriksa diri kita betul-betul, lihat sama ada 7 perkara yang membawa kepada penyakit sombong ini ada pada kita atau tidak. Penawarnya ada di tangan sendiri kerana penyakit sombong ini hanya akan memakan diri. Tidak sekarang, mungkin di masa akan datang. Ubatilah sifat sombong itu dan jangan sesekali menghina orang lain kerana ianya sifat yang dilaknat oleh Allah. Fikirkanlah..

Tannehilvill

  • Newbie
  • *
  • Pos: 2
    • Lihat Profil
    • sbobet
Per:JANGAN SOMBONG
« Jawab #2 pada: Februari 23, 2015, 05:34:02 pm »
Want a topic Material and content Or benefits like this.