Penulis Topik: 26 CIRI HATI YANG SUCI  (Dibaca 1827 kali)

maria

  • Newbie
  • *
  • Pos: 17
    • Lihat Profil
26 CIRI HATI YANG SUCI
« pada: Oktober 19, 2013, 11:41:08 pm »
26 CIRI HATI YANG SUCI


1-Rasa malu pada Allah kerana sentiasa merasa diawasi oleh Allah.

2-Rasa takut dan hebat pada Allah kerana terasa diri sentiasa berada dalam kuasa Allah yang mana Allah boleh buat apa sahaja seperti sakit, miskin, mati dan lain-lain.

3-Sentiasa rasa berdosa pada Allah (bukan depan manusia kerana ada kesalahan sulit yang tidak dapat dikesan seperti dosa-dosa hati) sebab itu dia selalu menangis seorang diri (bukan depan orang) kerana takut dosanya tidak terampun.

4-Tidak menangguh-nangguhkan urusan dengan Allah kerana hati sentiasa merasa kedatangan maut itu bila-bila masa sahaja boleh berlaku.

5-Setiap kali terbuat kesalahan yang kecil pun hatinya rasa takut dan terhina di depan Allah dan terus dengan serta merta meminta ampun dengan Allah SWT.

6-Setiap kali selesai beramal, hati merasa itu adalah kurnia Allah bukan kuasanya. Jadi dia tidak bangga malah rasa amalannya tidak sempurna bersama rasa harapkan kasihan belas dari Allah agar menerima amalannya.

7-Kalau Allah menentukan satu hal pada dirinya, hatinya meredhai apa yang terjadi (tanpa kesal dan keluh-kesah) kerana dia sedar kerendahan dirinya yang layak menerima apa sahaja taqdir Allah.

8-Setiap kali melihat pandangan alam yang indah, hati segera terasa kebesaran Allah.

9-Kalau dia mendapat kejayaan atau nikmat, hati segera terasa itu pemberian Allah bukan kemampuan sendiri sebab itu dia rasa takut pada Allah kalau-kalau harta itu disalahgunakan atau kurang disyukuri.

10-Kalau dia dimiskinkan (atau tidak memperolehi nikmat) hatinya rasa lapang kerana dia merasakan lepas dari tanggungjawab untuk menjaga amanah dari Allah.

11-Kalau mendapat bala seperti sakit, hati boleh tenang kerana merasakan bala adalah kifarah (balasan) pada dosanya. Dia rasa lebih baik dihukum di dunia daripada dihukum di akhirat. Penderitaan di dunia adalah pengampunan dosa di akhirat.

12-Bila mendapat pujian, hati rasa tidak senang sebab pujian itu tidak layak baginya dan boleh merosakkan rasa kehambaannya.

13-Kalau dikeji atau dihina orang, hatinya rasa kasihan pada orang yang menghinanya dan segera memaafkan orang itu tanpa diminta sebabnya. Dia rasa kerana dosanyalah dia dihukum begitu (kalau tidak begitu dia tidak akan dapat pahala dari penghinaan itu). Sebab itu dia tidak berniat langsung untuk membalas perbuatan orang itu.

14-Dia sentiasa berlapang dada berdepan dengan ragam dan kesusahan yang manusia timpakan ke atasnya.

15-Dia tidak berbangga dengan nikmat, tidak gelisah dengan bala, tidak rasa tenang dengan pujian dan tidak menderita dengan kejian.

16-Hatinya sentiasa merasakan sebagai hamba yang serba kekurangan dan amat memerlukan Allah SWT dalam semua keadaan.

17-Kalau dia melihat atau tahu orang membuat maksiat, dia syukur pada Allah kerana dirinya selamat dari maksiat. Sebab itu dia tidak menghina orang itu bahkan dia rasa kasihan, ingin menolong dengan memberi nasihat. Dan dia tidak menaruh sangka jahat pada orang itu sebaliknya dia menganggap kesalahan itu adalah kerana tidak tahu, terlupa ataupun tidak sengaja.

18-Ketika berhadapan dengan orang yang memarahinya, dia tidak turut marah dan tidak lawan bertekak sekalipun dia benar.

19-Berhadapan dengan kepandaian orang lain, dia akan terima ilmu atau kebenaran sekalipun dari seorang kanak-kanak.

20-Kalau bermuzakarah dia tidak menunjuk-nunjuk. Kalau dia pandai tidak pula rasa megah.

21-Kalau orang memuji seorang lain di hadapannya dia tidak sakit hati sebab dia faham kuasa (hak) Allahlah yang melebih dan mengurangkan nikmat pada hamba-hambaNya.

22-Kalau ada orang lain membuat kerjanya, dia tidak meradang sebab dia rasa dia terbantu.

23-Kalau dia digemari ramai, dia tidak bangga sebaliknya dia bimbang kalau-kalau itu membuatkan dirinya riak.

24-Dia tidak makan seorang diri.

25-Kalau beri bantuan pada seseorang tidak di hadapan orang lain.

26-Beramal dan beribadah betul-betul kerana Allah (kerana rasa ingin berkhidmat sebagai hamba) bukan Iagi kerana Syurga atau Neraka.