Penulis Topik: Jin Asyik  (Dibaca 1236 kali)

yusida

  • Global Moderator
  • Hero Member
  • *****
  • Pos: 1042
    • Lihat Profil
Jin Asyik
« pada: Februari 07, 2015, 12:03:42 am »
Jin Asyik



Pernah dengar tak gangguan jin asyik?
Jin asyik ialah jin yang jatuh cinta dengan manusia..Bila jin sudah jatuh cinta dia
akan selalu bersama dengan orang itu lebih-lebih lagi waktu orang tu sedang tidur
diwaktu petang dan malam..Kadang-kadang ada juga jin asyik yang tinggal di
dalam tubuh orang yang dia cinta tu..yelah dah sayang sangat macam manusia
bercinta lah asyik nak bersama je macam belangkas..Menurut perawat-perawat
islam jin asyik adalah antara gangguan jin yang paling bahaya,susah dan
ganas..Cuba cinta kita terhalang mesti kita memberontakkan..macam tu la juga
dengan jin..Gangguan jin asyik ni bukan hanya berlaku kepada orngg bujang,tapi
yang dah berkahwin juga tidak terkecuali.Mangsa biasanya perempuan,tapi lelaki
pun ada ada juga yang kena.Teringat pula dahulu kawan saya pernah kene raba
ketika sedang tidur..hehehe
Jangan tak tahu Jin juga bernafsu dengan manusia tau..Sebab itu dalam feqh ada
dibincangkan hukum manusia berkahwin dengan jin.Kalau kita rujuk kepada
perawat-perawat islam banyak kes jin merogol menusia..


Antara Faktor-Faktor Terkena Jin asyik:
1.Tidur Di Waktu Petang
Pernah tak bila anda bangun tidur ada kesan gigitan dipeha?
Siapa yang gigit?
kes begini banyak belaku ke atas wanita dan biasanya terjadi bila tidur waktu
petang.
Bagi anda yang kerap digigit ketika tidur lakukan dua perkara ini:


Pertama:Jangan tidur selepas asar
Kedua:Rawat diri anda agar tidak lagi terkena gigitan ketika tidur


2.Suka Mandi Di Waktu Maghrib
Waktu maghrib adalah waktu Jin sedang berkeliaran..Waktu senja kita ibarat
waktu pagi jin,dan waktu pagi kita adalah waktu senja jin..Tengah malam kita
ibarat tengah hari jin dan begitulah sebaliknya!
Bilik air bukankah tempat yang disukai syaitan(jin kafir)..Sebab itulah elakkanlah
dari mandi pada waktu senja.

3.Bertelanjang ketika berseorangan di rumah atau ketika mandi
Bila jin ternampak anda bertelanjang jin akan suka..macam orang jugalah..Bila
sekali dia dah tengok dan suka,dia akan datang lagi tengok waktu anda
berbogel.Oleh itu bila mandi pakailah kain basahan.
“sesungguhnye ia(jin)dan pengikut-pengikutnye melihat kamu dari satu tempat
yang kamu tidak boleh melihat mereka”
(surah Al-A’raf QS 7:27)

4.Bila nak tanggal pakaian dan nak masuk bilir air bacalah isti’azah atau
basmalah dahulu
Nabi s.a.w bersabda:
” ﺳﺘﺮ ﻣﺎ ﺑﻴﻦ ﺃﻋﻴﻦ ﺍﻟﺠﻦ ﻭﻋﻮﺭﺍﺕ ﺑﻨﻲ ﺁﺩﻡ . ﺇﺫﺍ ﺩﺧﻞ ﺃﺣﺪﻫﻢ ﺍﻟﺨﻼﺀ ﻗﻮﻝ : ﺑﺴﻢ
ﺍﻟﻠﻪ “
Penutup antara mata-mata jin dan aurat anak Adam apabila salah seorang dari
mereka memasuki bilik air ialah perkataan”bismillah”
(Sahih Al-Jami’ As-Shaghir 1/675)


5.Tidak baca doa sebelum bersama suami-isteri
Ketika nak bersetubuh dengan isteri baca dahulu doa yang pernah Nabi
ajarkan,jangan main masuk je..kesan tak baca doa tersebut jin boleh “syok”
dengan isteri anda dan jika Allah rezekikan anda mendapat anak hasil dari
persetubuahan kemungkinan anak anda nanti akan bermasalah.Perangai macam
syaitan..Na’uzubilli min zalik..Semoga Allah merezekikan kita zuriat-zuriat yang
soleh dan solehah..

6.Selalu tidur berseorangan.Contoh orang bujang tinggal seorang diri di rumah.
Bagi yang bujang terutamanya wanita kalau boleh usahakanlah untuk tinggal
dengan kawan-kawan..jangan menyewa seorang..


Antara Kesan Gangguan Jin Asyik
-Boleh menyebabkan berat jodoh..Sentiasa ada halangan didalam perhubungan
cinta..Ada saja halangan untuk berkahwin..Dipinang orang tapi selalu tak
jadi,semua ini disebabkan jin asyik berusaha menghalang perkahwinan atau
berkahwin tapi anak jadi sangat degil..
-kerap memarahi dan membenci pasangan
-Kerap mimpi bersetubuh
-Kerap mimpi melahirkan anak
-Selalu bercakap seorang-seorang
-Sering terdapat kesan gigitan di peha terutamanya tidur diwaktu petang(lepas
asar)