Penulis Topik: RUMAH BAKTI CAHAYA HATI - BANDAR TASIK PUTERI  (Dibaca 1556 kali)

yusida

  • Global Moderator
  • Hero Member
  • *****
  • Pos: 1035
    • Lihat Profil
RUMAH BAKTI CAHAYA HATI - BANDAR TASIK PUTERI
« pada: Oktober 12, 2015, 10:10:21 pm »
Rumah Bakti Cahaya Hati - Wadah Untuk Berbakti, Menyumbang Untuk Keselamatan Di Alam Yang Kekal Abadi

Rumah Bakti Cahaya Hati (RBCH) adalah sebuah rumah kebajikan yang memberi perlindungan kepada anak-anak dan masyarakat yang memerlukan bantuan. Mereka terdiri dari anak-anak yatim, anak-anak faqir miskin, anak-anak terbiar, keciciran serta golongan yang termasuk di bawah kategori berhak menerima zakat (golongan asnaf zakat).


Rumah Bakti Cahaya Hati ini baru ditubuhkan sempena Memperingati Hari Keputeraan Baginda Nabi saw pada bulan Rabiul Awal ini. Hari ini adalah 21 Rabiul awal 1434 hijrah bersamaan 2 Februari 2013.  RBCH yang dilancarkan pada 12 Rabiul Awal yang lalu diharapkan akan menjadi wadah pembelaan terhadap golongan yang tidak bernasib baik.

Rabiul Awal juga membawa kita mengenangkan Baginda saw yang juga seorang anak yatim-piatu yang mendapat pembelaan langsung dari Tuhan. Dipindah-pindahkan dari tangan ibunya kepada datuknya dan bapa saudaranya. Di situlah pendidikan secara langsung yang ditempuh Baginda saw. Kesusahan dan kesulitan adalah kebiasaan yang ditempuhi setiap hari. Tetapi Baginda saw bersikap redha, sabar dan menempuhnya dengan jiwa yang tabah.

Rumah Bakti Cahaya Hati yang terletak di Bandar Tasik Puteri Rawang,  merupakan sebuah asrama yang menempatkan 30 orang kanak-kanak, pelajar lelaki dan perempuan berumur 4 tahun hingga 15 tahun sebagai pusat kebajikan, pendidikan dan perlindungan mereka.

Rumah amal ini bermula dengan pelajar puteri seramai 27 orang pada Jan 2013.  Kesemua mereka dantan dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi keluarga dikalangan anak-anak yatim, anak2 miskin dan golongan asnaf zakat.   Ruah ini juga menempatkan 9 orang staf dan tenaga penGajar sukarelawan yang berkhidmat sepenuh masa dalam berbagai tanggung-jawab.

Untuk pendidkan harian mereka, rumah ini juga digunakan sebagai pengajian asas Fardhu Ain, Tahfiz al-quran dan akademik dengan menggunakan pendekatan pendidikan berkonsep 'Home Shooling'. Selebihnya mereka didedahkan dengan pelbagai kemahiran yang bersesuaian dengan bakat dan minat mereka.

Untuk menampung perbelanjaan seharian, ustaz di sini juga menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan menjual roti canai frozen.  Kalau diperhatikan, setiap pasar tani/pasar malam di Tasik Puteri, mereka ada di sana. Sekiranya kita membeli, maka secara tidak langsung kita juga turut membantu mereka untuk menjana punca pendapat rumah bakti tersebut.

Seandainya ada insan diluar sana yang ingin membuat sumbangan, bolehlah berbuat demikian kerana mereka menerima setiap bentuk sumbangan.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah hubungi Ustaz Hisyam Hassan ditalian 013-711 8409, email rbch4cahayahati@gmail.com.

Sumbangan kewangan boleh disalurkan di Akaun maybank 5620 1210 7829 (PUSAT JAGAAN BAKTI CAHAYA HATI)

Wassalam





« Edit Terakhir: Oktober 12, 2015, 10:17:36 pm oleh yusida »