Penulis Topik: Faedah Sebagai Ahli KWSP  (Dibaca 469 kali)

yusida

  • Global Moderator
  • Hero Member
  • *****
  • Pos: 1030
    • Lihat Profil
Faedah Sebagai Ahli KWSP
« pada: Mac 30, 2016, 07:13:26 am »
Faedah Sebagai Ahli KWSP

Manfaat Persaraan

Simpanan KWSP adalah simpanan untuk persaraan anda. Simpanan ini terdiri daripada caruman bahagian pekerja dan majikan dan ditambah oleh dividen tahunan setiap tahun.

Apabila anda mencarum 8% daripada gaji anda dengan KWSP, majikan anda akan menambah 12% atau 13% lagi caruman daripada gaji anda (kadar caruman ini tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh kerajaan).

Bagaimanapun, anda atau majikan atau kedua-duanya boleh mencarum melebihi kadar berkanun yang ditetapkan. Oleh itu, jika anda tidak mencarum, anda akan kehilangan manfaat persaraan tersebut.

Dividen

Semua caruman di KWSP akan dibayar dividen dan dijamin oleh kerajaan pada kadar minimum 2.5%.

Dividen ke atas setiap akaun ahli dikira berdasarkan agregat baki harian (aggregate daily balance).

Bantuan Hilang Upaya Dan Bantuan Kematian

Bantuan Hilang Upaya dan Bantuan Kematian adalah tanda simpati KWSP yang dibayar kepada ahli/penjaga atau waris ahli bagi meringankan beban kewangan apabila ahli mengalami hilang upaya ataupun meninggal dunia. Bayaran ini bukanlah daripada simpanan ahli tetapi hasil daripada pendapatan pelaburan KWSP.

Bantuan Hilang Upaya (Pengeluaran Hilang Upaya)

Bantuan Hilang Upaya dibayar kepada ahli yang hilang pekerjaan disebabkan oleh hilang upaya dan telah membuat Pengeluaran Hilang Upaya. Jumlah Bantuan Hilang Upaya adalah sebanyak RM5,000.00. Bantuan ini akan diberikan sekali sahaja dan perlu mematuhi syarat-syarat berikut:

° Warganegara Malaysia;
° Ahli belum mencapai umur 55 tahun;
° Memohon Pengeluaran Hilang Upaya dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh tamat perkhidmatan atau hilang pekerjaan;
° Tempoh perkhidmatan akhir hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan berterusan;
° Ditamatkan perkhidmatan disebabkan tidak berupaya untuk bekerja dan bukan atas sebab sukarela atau tindakan disiplin.


Bantuan  Kematian (Pengeluaran Kematian)

Bantuan Kematian dibayar kepada orang tanggungan atau waris terdekat ahli apabila Pengeluaran Kematian dibuat.  Bayaran kepada orang tanggungan atau waris terdekat ahli adalah mengikut budi bicara KWSP. Jumlah Bantuan Kematian adalah sebanyak RM2,500.00. Bantuan ini akan diberikan sekali sahaja dan perlu mematuhi syarat-syarat berikut:

° Warganegara Malaysia;
° Ahli belum mencapai umur 55 tahun semasa kematian;
° Permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dalam tempoh 6 bulan daripada  tarikh kematian ahli.

Pelepasan Cukai Pendapatan

Caruman KWSP mendapat pelepasan cukai sehingga jumlah maksimum RM6,000.00 tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa (termasuk pelepasan untuk bayaran premium insurans nyawa).

Anda tidak perlu membayar cukai pendapatan ke atas simpanan yang anda keluarkan di bawah pengeluaran simpanan KWSP.  Selain itu, pulangan pelaburan KWSP juga terkecuali daripada dikenakan cukai.

Rukukan:
[url]www.kwsp.gov.my/portal/ms/members/member-responsibility/registration/benefits-as-an-epf-member/url]
« Edit Terakhir: Mac 30, 2016, 08:01:59 am oleh yusida »